Sekarang keselamatan negara bukan sahaja boleh digangu gugat oleh pihak musuh luar dalam bentuk peperangan , ia juga boleh digangu gugat oleh masalah kekurangan dan kenaikan harga bekalan makanan asasi .
Kekurangan dan kenaikan herga bahan makanan bukan sahaja mencetuskan masalah kelaparan dan kekurangan zat makanan , malah ia boleh menimbulkan suasana tidak aman dan keresahan di kalangan masyarakat awam . Buktinya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini , PBB sudah mencatatkan lebih 34 buah kerajaan berhadapan dengan masalah tunjuk perasaan dan rusuhan barang makanan di serata dunia .
Malaysia sebagai sebuah negara yang masih belum mencapai tahap sara diri pengeluaran bahan makanan bagi keperluan penduduknya tidak terkecuali daripada menerima tempias tsunami ini .
Apa yang dikatakan sebagai jaminan barangan makanan dan apakah pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan harganay terkawal ?
Bagi menjawab persoalan pertama , takrifan berkenaan jaminan barangan makanan perlu kita perhalusib. Perkara ini penting bagi memastikan masyarakat memperoleh makanan berkhasiat tanpa perlu berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan atau terpaksa membayar pada harga yang melampau .
Berdasarkan kepada maklumat-maklumat data yang dimuatkan didalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) , tahap sara diri negara bagi komoditi beras untuk 2005 berada pada tahap 75 peratus sahaja . Manakala bagi sayur-sayuran , keluaran perikanan , daging lembu dan susu masing-masing berada pada kadar 74 , 91 , 28 dan lima peratus sahaja .
Ini secara tidak langsung memgganbarkan betapa tidak terjaminnya kestabilan paras harga makanan penduduk Malaysia selain mereka juga terdedah kepada ancaman kekurangan bekalan kerana masih perlu bergantung kepada import luar .
Di Malaysia , daripada 6.38 juta hektar tanah yang digunakan untuk pertanian negara ,hanya 0.452 juta hektar saja yang ditanam padi (2005) .
Jaminan Makanan Demi Keselamatan Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






1 ulasan:
wah, blog ni terbaiklah
Catat Ulasan