Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini dalam peringkat akhir menggubal Dasar Agro Makanan bagi tempoh 10 tahun bermula 2011 hingga 2020 . Menterinya , Datuk Seri Noh Omar berkata , jaminan bekalan makanan merupakan teras utama dalam penggubalan Dasar Agro Makanan yang turut merangkumi perancangan untuk membangunkan sektor agro makanan negara .
“ Buat masa ini , input-input awal telah diperolehi daripada pihak awam dan swasta termasuklah pandangan daripada ahli akademik , Persatuan Pengeluar , Persatuan Peladang, Persatuan Nelayan, Persatuan Pengeksport, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai , ” jelasnya .
Sehubungan itu , katanya , Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan menjadi paltform utama bagi membincangkan dan merangka hala tuju strategik berkaitan jaminan bekalan makanan yang menjadi teras utama dalam Dasar Agro Makanan . Berdasarkan Dasar Pertanian yang lalu, katanya , jaminan bekalan makanan menjadi salah satu objektif dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga .
Namun , isu jaminan bekalan makanan tidak diberi penekanan dan hanya diberi perhatian serius selepas berlakunya krisis makanan dunia pada tahun 2008. Tambahan pula, ujarnya , Dasar Pertanian Negara Ketiga bagi tempoh 1998-2010 akan berakhir tahun ini manakala Dasar Pertanian Negara Keempat bagi tempoh 2011-2020 sedang dirangka oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi .
Kedua-dua komponen dasar ini iaitu dasar sektor agro makanan dan dasar tanaman industri akan diselaraskan kelak oleh pihak Unit Perancang Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri untuk dijadikan Dasar Pertanian Negara Keempat .
Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






0 ulasan:
Catat Ulasan